Sabtu, 21 Desember 2013
Jerat ‘Geng Micheal’
Shah Alam: Sekumpulan lima lelaki dikenali ‘Geng Micheal’ yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar Selangor berjaya ditumpaskan polis dalam tiga serbuan di ibu kota kelmarin dan Rabu lalu.
Kumpulan terbabit terdiri daripada warga tempatan dan asing berusia antara 27 hingga 46 tahun itu ditahan di tepi jalan dan sebuah hotel di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tangkapan pertama dibuat kira-kira jam 11.30 malam sejurus sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya mengesan sebuah kereta yang dinaiki dua ahli kumpulan terbabit dalam keadaan mencurigakan.
“Sebaik ditahan, anggota polis terus melakukan pemeriksaan ke atas suspek dan kereta yang mereka naiki sebelum menemui beberapa peralatan untuk kegiatan pecah rumah.
MOHD Shukri (dua dari kanan) melihat senjata dan barang rampasan.
“Hasil soal siasat ke atas kedua-dua suspek, dua lagi rakan jenayah mereka ditahan polis di sebuah hotel jam 1 pagi keesokan harinya,” katanya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar