Tampilkan postingan dengan label 1. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 1. Tampilkan semua postingan
Senin, 30 Desember 2013
Apple Menang Samsung Bayar 1 051 B Gantirugi
Kes Rekabentuk Featur Samsung Tiru iPhone iPad - Apple Inc. Menang di Amerika Syarikat
Dalam kesibukan Eyriqazz vs Denaihati, apa pula perkembangan keputusan kes Apple Inc. vs Samsung di Amerika Syarikat (US)? Yea, perkembangan kes saman pihak Apple Inc. terhadap Samsung berkenaan hak cipta rekabentuk asas dan featur telefon pintar. Pihak Apple Inc. telah mengemukakan kes saman hakcipta rekabentuk featur telefon pintar terhadap pembina telefon pintar dari Korea, Samsung.
Semalam (24/08/2012), pihak Jury di Amerika Syarikat telah mendapati syarikat Korea tersebut, Samsung telah meniru rekabentuk featur telefon pintar mereka berasaskan rekabentuk dari iPhone dan iPad keluaran gergasi telefon pintar Apple Inc., Amerika Syarikat. Jumlah ganti rugi telah ditetapkan sebanyak USD 1.051 billion yang harus dibayar oleh pihak Samsung kepada Apple Inc.
Keputusan Jury U.S. terhadap kes Apple Inc. vs Samsung
Keputusan menang mutlak hakcipta kepada pihak Apple Inc. dan telah dikeluarkan lebih awal dari dijangkakan. Keputusan ini berkemungkinan juga menyebabkan telefon pintar keluaran produk Samsung tertentu akan dimansuhkan (ban) dan seterusnya produk keluaran Apple Inc. akan terus mendominasi market terbesar komputer mobil dan pintar.
Sejumlah besar syarikat yang menjual telefon pintar berasaskan aplikasi dan sistem Google Android akan menerima tamparan hebat berupa kes lanjutan saman dari Apple Inc. nanti. Syarikat gergasi US tersebut merupakan syarikat paling berkeuntungan dan berprestasi tinggi di sepanjang sejarah perniagaan komputer pintar.
Didapati juga jumah syer saham Apple pada minggu lalu telah melonjak ke tahap paling tinggi dalam sejarah saham syarikat tersbut dan mningkat sebanyak 2 peratus kepada USD675, pada tred luar waktu.
Penganalisa dunia guaman telah menyatakan bahawa kemenangan saman dan hak rekabentuk telefon pintar berpihak kepada Apple Inc. dan merupakan kes senario paling terbaik untuk syarikat tersebut.
Pihak Jury di Amerika Syarikat telah membuat penganalisaan keputusan kemenangan kurang dari 3 hari untuk memutuskan kemenangan paten rekabentuk kepada pihak Apple Inc. dari Samsung. Ahli Juri US yang terdiri dari 7 orang, tidak mempunyai masalah dalam menentukan bahawa Samsung meniru rekabentuk dan paten dari iPhone dan iPad.
Hasil dari keputusan ini mengakibatkan berbillion Dollar jumlah niaga dalam keadaan tidak menentu.

Latarbelakang kes Paten dan Rekabentuk Featur Apple pada Samsung
Pihak Apple Inc. telah mengemukakan saman kepada Samsung kerana meniru rekabentuk dan featur asas dari rekabentuk mereka dan akibatnya memberikan persaingan hebat terhadap penggunaan perisian keluaran Google Inc. iaitu perisian Android. Aplikasi Android ini yang digunapakai oleh sistem telefon pintar Samsung telah mendapat sambutan hangat dari pengguna dan seterusnya digunakan oleh pihak Samsung dalam kesemua telefon pintar berkomputer mereka.
Apple and Samsung, merupakan 2 buah syarikat gergasi menjual telefon pintar berkomputer mobil yang mempunyai jualan paling tinggi di seluruh dunia. Kedua-dua syarikat tersebut juga telah mengikat sejumlah kes guaman di beberapa buah negara tahun ini sahaja.
Pada awal hari Jumaat yang lalu, mahkamah di Korea Selatan telah mendapati syarikat Apple Inc. dan Samsung bersalah secara perkongsian dan menetapkan pihak Samsung untuk meghentikan jualan 10 produk mereka termasuk Galaxy SII dan menghalang Apple dari menjual 4 model produk mereka termasuk iPhone 4.
Namun di mahkamah tempat kelahiran Apple Inc., keputusan para Juri adalah paling bermakna, penting dan akan memberikan kesan mendalam.
Pertarungan Samsung vs Apple di Korea dan Apple Inc. versus Samsung di Amerika Syarikat telah bermula sejak awal tahun lalu, dimana Apple menuduh Samsung meniru rekabentuk perisian iPhone dan iPad. Pihak Samsung pula telah membuat saman ‘counter’. Pihak Apple Inc. memohon jumlah gantirugi sebanyak USD2.5 Million tehadap Samsung dan jumlah tersebut mendapat bantahan.
Kedua-dua syarikat pembuat telefon pintar ini adalah pesaing paling tegar, namun mereka juga berkongsi sejumlah USD 5 Billion dalam bentuk perkongsian pintar. Apple merupakan kustemer paling besar Samsung yang menggunakan mikro processor mereka, berbanding dari mana-mana bahagian peralatan Apple yang lain. – info komuniti bisnis irsah indesign.
Sabtu, 07 Desember 2013
Jahe merah terus menghangat labanya terus mengalir 1

Jahe merah menjadi salah satu jenis tanaman obat yang sedang menjadi primadona. Selain menyajikan rasa hangat alami manfaat jahe merah sangat banyak. Manfaatnya antara lain, sebagai bumbu masak, pemberi aroma dan rasa pada roti, kue, biskuit, kembang gula, dan berbagai makanan dan minuman.
Jahe merah juga bisa digunakan sebagai bahan baku industri obat, minyak wangi, industri jamu tradisional. Juga produk olahan lain seperti asinan jahe, acar, lalap, bandrek, sekoteng dan sirup. Bahkan dewasa ini petani cabai juga menggunakan jahe sebagai pestisida alami.
Selain dijual dalam bentuk segar, kering, bubuk dan awetan jahe, hasil penyulingan jahe juga bernilai ekonomis tinggi karena bisa digunakan sebagai bahan campuran minuman beralkohol, dan es krim.
Sebenarnya selain jahe merah, masih ada jenis jahe lain yaitu jahe putih atau jahe gajah, dan jahe emprit. Namun dari beberapa macam jahe tersebut, saat ini pamor jahe merah sedang naik daun.
Naiknya pamor jahe merah dikatakan Darul Mahbar asal Jakarta. Darul memiliki usaha pembuatan minuman berbahan pokok jahe merah merek Cangkir Merah dan Cangkir Mas.
Dari usaha ini, ia mengaku memperoleh omzet minimal Rp 100 juta per bulan. Selain di pasarkan di dalam negeri, jahe merah buatan Darul juga merambah pasar Amerika Serikat dan beberapa negara Eropa.
Darul mengatakan, dalam dua tahun terakhir tren permintaan produk berbahan jahe merah meningkat pesat. Hal itu disebabkan semakin meningkatnya pengetahuan masyarakat tentang khasiat jahe merah.
Walaupun terjadi peningkatan permintaan, persediaan jahe merah masih kurang. "Kurangnya pasokan membuat harga jahe merah di pasaran naik sekitar 400% dalam dua tahun terakhir," ujar Darul.
Sekarang ini, harga jahe merah paling murah di pasaran sekitar Rp 10.000 per kilogram (kg). Harga itu meroket jika dibanding tiga tahun lalu yang sempat turun drastis. Penurunan harga membuat banyak petani jahe berhenti menanam.
Kurangnya pasokan juga disebabkan karena faktor cuaca. Anomali cuaca yang terjadi hampir di seluruh belahan dunia, termasuk Indonesia membuat produksi jahe menurun.
Untuk memenuhi kebutuhan jahe merah yang mencapai 15 ton per bulan, Darul bekerja sama dengan sejumlah petani di Wonosobo dan Palembang. Namun perkembangan usaha, membuatnya harus memikirkan bagaimana memperoleh pasokan secara cepat.
Senada diungkapkan Sutomo Muntoha, pemilik CV Jahe Merah di Jakarta. Menurutnya, selain untuk kebutuhan dalam negeri, permintaan ekspor jahe merah bisa mencapai satu ton per hari. “Berapa saja yang ada, semua diserap habis,” tandas Sutomo.
Selain menanam sendiri, Sutomo juga membeli jahe merah dari petani lain. Dalam sebulan, dia mampu mengumpulkan jahe merah hingga 120 ton. Namun pasokan yang diterimanya masih kurang, sehingga dia harus mengimpor dari India dan Vietnam. "Tren permintaan terus naik, namun pasokan dari petani jahe dalam negeri malah terus turun," katanya. (Bersambung)
Sumber : http://peluangusaha.kontan.co.id/news/jahe-merah-terus-menghangat-labanya-terus-mengalir-1-
Langganan:
Postingan (Atom)