Tampilkan postingan dengan label budak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label budak. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 28 Desember 2013
Budak usia12 thn Mati Selepas Kahwin
Elham Mahdi Shuee, 12, menghembus nafas terakhir di hospital Hajja selepas dimasukkan ke situ kerana mengalami pendarahan akibat persetubuhan..
HAJJA (Yaman): Seorang budak perempuan meninggal dunia tiga hari selepas dinikahkan dengan lelaki berusia 20-an, kata sumber perubatan dan aktivis hak asasi manusia, semalam.
Elham Mahdi Shuee, 12, menghembus nafas terakhir di hospital Hajja selepas dimasukkan ke situ kerana mengalami pendarahan akibat persetubuhan.

Gambar hiasan
Jurucakap Sisters Forum for Human Rights, Majed Al Mathhaji, berkata Elham disahkan mengalami masalah rahim koyak.
Katanya, Elham dikahwinkan melalui ‘pernikahan tukar’.
“Melalui amalan itu, keluarga suami Elham tidak membayar mas kahwin, sebaliknya menikahkan anak perempuan mereka yang sama usia dengan abang Elham,” katanya.
Selepas Elham meninggal dunia, keluarga suaminya membawa pulang anak perempuan mereka dari rumah abang Elham. Masalah buta huruf dan kemiskinan menyebabkan amalan mengahwinkan kanak-kanak sesuatu yang lazim di Yaman. – Agensi
Please Stop child abuse!!!!!
Jumat, 20 Desember 2013
Pencuri Ditangkap Ekoran Tindakan Bijak Budak 10 Tahun

Pencuri Ditangkap Ekoran Tindakan Bijak Budak 10 Tahun - DARLINGTON, Britain : Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 10 tahun, Alex Wilson berjaya membantu pihak polis memberkas seorang pencuri dengan merakamkan gambar perompak itu dengan menggunakan telefon bimbit miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kanak-kanak itu kemudian bertindak memuat turun gambar suspek yang dirakamnya ke laman web sosial Twitter.
Pencuri yang tiada pekerjaan itu, Craig Royal, 24, merompak sebuah iPhone seorang pejalan kaki dan melarikan diri dengan mengayuh basikal di Darlington, County Durham.
Kanak-kanak sekolah itu yang terkejut menyaksikan insiden tersebut ketika menaiki sebuah kereta bersama bapanya bertindak bijak dengan merakamkan gambar suspek dengan telefon miliknya pada 10 September lalu.
Apabila tiba di rumah, Alex bertindak memuat turun gambar tersebut di Internet dengan keterangan gambar: ‘Orang yang bodoh ini baru sahaja merompak seseorang di Jalan Yarm kira-kira 20 minit lalu.’
Imej rakaman itu kemudian diambil pihak polis yang berjaya membuat pengecaman suspek dan membuat tangkapan.
Ibu Wilson, Mel berkata: “Dia (anaknya) berasa jijik (dengan perbuatan mencuri itu) semasa melihat kejadian rompakan tersebut.
“Justeru dia (anaknya) berasa gembira apabila perompak itu dapat dirakamkan menerusi kamera telefon bimbitnya.”
Menurutnya, anaknya berasa amat gembira apabila mengetahui perompak itu telah ditangkap polis. – Agensi
Langganan:
Postingan (Atom)