Tampilkan postingan dengan label politik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label politik. Tampilkan semua postingan
Selasa, 04 Maret 2014
Bekas Setiausaha Politik Shahrizat – Suhaimi Ibrahim Ditahan Rasuah

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini.
Menurut laporan portal MalaysiaGazette, Suhaimi didakwa terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
Suhaimi yang juga merupakan bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Pahang dibawa dari bangunan SPRM dengan tangan bergari ke kompleks mahkamah di Putrajaya.
Kamis, 19 Desember 2013
Myanmar Bebaskan 69 Tahanan Politik

YANGON – Myanmar semalam berkata ia membebaskan berpuluh aktivis yang ditahan ketika negara itu menjadi hos kepada lawatan pemimpin dunia termasuk Kesatuan Eropah.
Kira-kira 69 banduan dibebaskan, yang terbaru dalam siri pembebasan yang dilihat di peringkat antarabangsa sebagai petunjuk utama negara berkenaan keluar daripada pemerintah tentera.
Kenyataan pejabat presiden berkata, pembebasan adalah sebagai menghormati asas kemanusiaan dan membolehkan mereka membantu dalam pembangunan negara dengan memahami kebajikan dan menghargai kebaikan negara.
Ia mengulangi ikrar Myanmar akan membebaskan semua saki baki tahanan pembangkang menjelang akhir tahun ini.
Pengumuman itu, yang disiarkan semalam, dibuat ketika Myanmar menjadi hos beberapa delegasi antarabangsa.
Presiden Thein Sein bertemu dengan ketua dasar luar EU, Catherine Ashton, kelmarin sebagai sebahagian misi Eropah ke negara itu.
Beliau juga bertemu dengan bekas Presiden Bill Clinton, yang berada di Myanmar bagi pihak yayasan, manakala bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, juga berada di negara itu.
Thein Sein, yang mendapat pujian dunia dan bertanggungjawab di atas penarikan balik beberapa sekatan Barat berikutan pembaharuannya, mengumumkan ketika lawatan pertamanya ke London Julai lalu bahawa tiada tahanan politik di Myanmar menjelang akhir tahun ini.
Namun pemimpin Myanmar itu dikritik oleh aktivis yang menuduh pihak berkuasa terus menghukum pembangkang. Masih ramai kekal dalam penjara tetapi angka sebenar banduan tidak diketahui.
Kerajaan juga berdepan dakwaan pengkritik yang berada dalam penjara digunakan sebagai modal politik dengan masyarakat antarabangsa dan ketika rundingan damai etnik minoriti. –AFP
Langganan:
Postingan (Atom)