Tampilkan postingan dengan label guna. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label guna. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 01 Maret 2014
Kereta lutsinar guna teknologi keselamatan

Rekaan kereta lutsinar ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
FRANKFURT - GERMAN. Kereta lutsinar yang direka bentuk menggunakan teknologi keselamatan ini bertujuan untuk mengurangkan kadar nahas jalan raya.
Menurut laporan DailyMail, pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa.
Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.
Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.
"Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan," jelasnya lagi.
Selasa, 18 Februari 2014
Polis Mahu Guna Uniform Berkamera

HONG KONG : Dalam inisiatif pertama seumpamanya di Asia, polis Hong Kong menyatakan pihaknya akan menguji pengunaan kamera video yang diletakkan pada pakaian seragam anggota-anggota polis untuk merakam interaksi mereka bersama orang awam.
Bagaimanapun, skim tersebut mendapat bantahan daripada beberapa pertubuhan hak asasi manusia.
Pihak berkuasa pulau ini memberitahu semalam bahawa anggota polis akan mula memakai kamera kecil tersebut pada hujung tahun ini.
Peralatan serupa telah digunakan di Amerika Syarikat dan United Kingdom manakala polis Australia akan turut menguji kamera berkenaan.
“Kami akan menguji kamera badan ini menjelang hujung tahun ini,” kata seorang jurucakap polis di sini.
Jurucakap berkenaan turut menolak kritikan aktivis-aktivis pertubuhan hak asasi manusia bahawa pengunaan kamera badan merupakan langkah untuk menjadikan pulau ini sebuah negara polis.
Pulau ini yang merupakan bekas koloni British telah dikembalikan kepada China pada 1997.
“Kami bukan menyasarkan sesiapa (musuh politik) tetapi kamera ini berguna kepada polis dalam menangani mereka yang mengganggu ketenteraman awam dan ketika tunjuk perasaan berlaku,” katanya.
Beberapa pegawai berkata, peralatan itu akan digunakan oleh anggota polis yang terlatih dan berpakaian seragam. – Kosmo
Langganan:
Postingan (Atom)