Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan
Rabu, 12 Maret 2014
2 Saudara Kembar Pilih Disuntik Mati Kerana Tak Mahu Buta

Sedih sekali kisah 2 orang saudara kembar identik dari Belgium ini. Kedua-duanya dilahirkan dengan keadaan tuli. Kebelakangan ini doktor menemukan bahawa keduanya juga akan mengalami kebutaan. Tak boleh menerima kenyataan, mereka memilih untuk mengakhiri hidupnya secara salah.
Kedua saudara kembar ini sudah menghabiskan hidupnya selama 45 tahun saling menguatkan satu sama lain. Nampaknya, begitu mendengar kenyataan doktor bahawa mereka tak akan boleh saling melihat lagi, mereka meminta doktor di Brussels University Hospital untuk disuntik mati saja.
Padahal dua orang saudara kembar ini tidak menderita penyakit yang boleh mematikan. Namun menurut hukum Belgium, euthanasia atau tindakan pemutusan hidup dibolehkan jika pesakit membuat keputusannya dengan jelas dan doktor memutuskan bahawa pesakit menderita sakit yang tak tertahankan.
Menurut The Telegraph, Selasa (15/1/2013), kedua bersaudara bernama Marc and Eddy Verbessem ini bekerja sebagai tukang kasut dan tinggal bersama dalam 1 apartment. Pada bulan Disember 2012 lalu, keduanya pun menjalani suntik mati sesuai permintaan mereka sendiri.
"Mereka sangat senang. Bagi mereka, itu adalah bantuan untuk melihat akhir penderitaan mereka. Perpisahan dengan orang tua dan saudara-saudara mereka sangat tenang. Mereka sedikit melambaikan tangan dan kemudian mereka pergi," kata Dr David Dufour dari University Hospital Brussels.
Belgium merupakan negara kedua di dunia yang menghalalkan euthanasia setelah Belanda pada tahun 2002. Tindakan ini hanya diperbolehkan bagi orang-orang berusia di atas 18 tahun. Di seluruh Eropah sendiri, ada sebanyak 1,133 kes euthanasia pada tahun 2011, kebanyakan diminta oleh pesakit kanser.
Beberapa hari setelah si kembar meninggal, parti sosialis yang berkuasa di Belgium mengusulkan amandemen undang-undang yang memungkinkan pemberian euthanasia bagi anak-anak dan pesakit Alzheimer.
"Ideanya adalah untuk memperbarui hukum, mempertimbangkan situasi dramatis dan kes mengerikan yang harus kami tangapi," kata pemimpin parti sosialis, Thierry Giet.
Jika undang-undang yang diusulkan disahkan di akhir tahun ini, maka euthanasia mungkin boleh diberikan kepada anak-anak jika mampu memutuskan, terkena penyakit yang tak boleh disembuhkan, atau mengalami penderitaan yang tidak boleh diatasi.
Sumber TheTelegraph
Selasa, 18 Februari 2014
Polis Mahu Guna Uniform Berkamera

HONG KONG : Dalam inisiatif pertama seumpamanya di Asia, polis Hong Kong menyatakan pihaknya akan menguji pengunaan kamera video yang diletakkan pada pakaian seragam anggota-anggota polis untuk merakam interaksi mereka bersama orang awam.
Bagaimanapun, skim tersebut mendapat bantahan daripada beberapa pertubuhan hak asasi manusia.
Pihak berkuasa pulau ini memberitahu semalam bahawa anggota polis akan mula memakai kamera kecil tersebut pada hujung tahun ini.
Peralatan serupa telah digunakan di Amerika Syarikat dan United Kingdom manakala polis Australia akan turut menguji kamera berkenaan.
“Kami akan menguji kamera badan ini menjelang hujung tahun ini,” kata seorang jurucakap polis di sini.
Jurucakap berkenaan turut menolak kritikan aktivis-aktivis pertubuhan hak asasi manusia bahawa pengunaan kamera badan merupakan langkah untuk menjadikan pulau ini sebuah negara polis.
Pulau ini yang merupakan bekas koloni British telah dikembalikan kepada China pada 1997.
“Kami bukan menyasarkan sesiapa (musuh politik) tetapi kamera ini berguna kepada polis dalam menangani mereka yang mengganggu ketenteraman awam dan ketika tunjuk perasaan berlaku,” katanya.
Beberapa pegawai berkata, peralatan itu akan digunakan oleh anggota polis yang terlatih dan berpakaian seragam. – Kosmo
Sabtu, 01 Februari 2014
KAFA MAHU HUKUM GHADDAR

PENYERANG import Kelantan, Mohammad Ghaddar yang sebelum ini gagal melaporkan diri untuk menjalani latihan bersama The Red Warriors bakal dihadap- kan ke Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil selepas Ghaddar melanggar peraturan dengan mengambil cuti tanpa kebenaran seperti yang telah diberikan kepadanya sebelum ini.
Menurutnya, Ghaddar yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, akan berlepas dari Beirut, Lebanon malam ini dan dijangka tiba di Kota Bharu kira-kira pukul 1.50 petang esok.
“Sejurus tiba, dia (Ghaddar) akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin KAFA. KAFA akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan dia perlu menjawab mengapa dia tidak melaporkan diri pada 5 Ogos lalu.
“Disiplin tetap disiplin, tiada istilah pemain emas atau sebaliknya. Peraturan tetap perlu dikuat kuasa,” kata Annuar semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan kegusaran penyokong The Red Warriors berikutan kegagalan Ghaddar hadir pada sesi latihan persiapan bagi menghadapi kempen Piala Malaysia yang dijadualkan bermula 22 Ogos ini.
Annuar memberitahu, tonggak utama skuad kebangsaan Lebanon itu bakal berdepan latihan intensif dalam usaha untuk mengembalikan semula kecergasannya selepas berehat lebih sebulan tanpa sebarang aksi kompetitif.
“Kita mahu dia (Ghaddar) mengemba- likan prestasinya menjelang saingan Piala Malaysia nanti.
“Jikalau dia gagal mengembalikan semula kecergasannya, dia pasti akan berada di bangku simpanan, begitu juga dengan pemain-pemain lain.
“Hukuman itu sudah menjadi amalan pasukan dan kita tidak mahu terlalu bergantung harap kepada seorang pemain sahaja memandangkan Kelantan mempunyai 30 pemain yang boleh diturunkan pada bila-bila masa,” ujarnya.
Selain berdepan dengan tindakan KAFA, Ghaddar juga berkemungkinan tidak terlepas daripada hukuman Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan membicarakan kesnya esok.
Ghaddar didakwa bertelagah dengan pemain pertahanan Selangor, Mohd. Bunyamin Umar pada aksi Liga Super di Sta- dium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu.
Selain Bunyamin yang didakwa telah menumbuk Ghaddar sebanyak dua kali, kapten Selangor, Mohd. Amri Yahyah di- laporkan telah memijak belakang pemain import itu.
Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang minggu lalu menghukum Bunyamin dan Amri dengan mengenakan denda RM1,500 serta digantung tiga perlawanan sebaik kempen Piala Malaysia bermula.
Sumber : Kosmo Online
Sabtu, 28 Desember 2013
PAS Perak Mahu Cuti Jumaat Seperti Johor

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak menggesa kerajaan Perak mencontohi langkah kerajaan Johor menjadikan hari Jumaat sebagai cuti minggu di negeri tersebut.
Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pihaknya akan menyokong penuh langkah itu sekiranya kerajaan Perak berhasrat berbuat demikian.
“DPP Perak berharap kerajaan negeri Perak mengkaji dan mencontohi kerajaan Johor menjadikan hari Jumaat sebagai cuti minggu.
“Kami secara terbuka menyokong usaha menjadikan hari cuti mingguan diubah kepada Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Raja Ahmad berkata, langkah Johor tersebut sesuai dilaksanakan di Perak kerana hari Jumaat merupakan `penghulu’ segala hari bagi agama Islam.
Malah, katanya, beliau yakin semua pihak di Perak bersetuju dengan cadangan tersebut sejajar dengan hasrat negeri itu melahirkan modal insan yang baik.
Media pada 23 November lalu melaporkan cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Januari depan.
Ia berikutan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu cuti pada `penghulu’ segala hari dan diambil peluang oleh umat Islam Johor memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.
Langganan:
Postingan (Atom)